Kitaran haid yang normal adalah di
antara 25-35 hari. Segelintir wanita mempunyai kitaran haid yang tepat setiap
kali, contohnya setiap 34 hari. Kebanyakkan wanita lain pula didatangi haid
dalam kitaran yang masih di anggap teratur walaupun ada sedikit perbezaan
bilangan hari yang lazimnya tidak melebihi seminggu.
Sebahagian
kecil wanita yang mempunyai masalah kesuburan pula mempunyai kitaran haid yang
tidak teratur, ia lebih kepada jarang-jarang atau perbezaan kitaran melebihi
seminggu.
Mempunyai
bilangan kitaran haid 35 hari pada setiap kitaran adalah suatu yang normal.
Namun anda harus bahawa bukan kitaran haid sahaja yang penting untuk membolehkan
wanita hamil. Juga, walaupun mempunyai kitaran haid yang tepat lazimnya di
anggap subur (mengalami ovulasi) namun ia tidak semestinya begitu dalam setiap
kes.

No comments:
Post a Comment